Pages

Labels

Menu Puyuh


Hubungi kami 013-9281987/013-8279988

Masakan puyuh yang menyelerakan dan kurang kolesterol. Selain kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan ia boleh menjadi tarikan masakan untuk seisi keluarga

Burung Puyuh Berempah

 BAHAN-BAHAN:

  • 6 ulas bawang putih | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisa
  • 6 ekor burung puyuh
  • 5 batang serai | dikisar
  • 1 sudu teh jintan halus | dikisar
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 50gm daun bawang | dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Minyak bijan secukupnya
  • 3 helai daun pandan | diikat
  • 3 helai daun kunyit | dihiris
Waktu memasak :   60 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
CARA MEMASAK:
1. Burung puyuh di bersihkan
2. Bahan yang telah dikisar dimasukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Kemudian masukkan daun pandan, daun kunyit, minyak bijan, serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
4. Selepas itu masukkan burung puyuh yang telah dibersihkan tadi dan kacau sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
5. Setelah itu panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng burung puyuh yang di perap tadi sehingga masak.
6. Sedia dihidangkan dan dinikmati.






Hubungi kami 013-9281987/013-8279988


Burung Puyuh masak ros

BURUNG PUYUH MASAK ROS

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 4 ekor burung puyuh
  • 300gm bawang merah                        dikisar       
  • 250gm bawang besar                         dikisar
  • 70gm bawang putih                            dikisar
  • 6sm halia                                            dikisar
  • 5 biji buah tomato                               dikisar
  • 3 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih                         dikisar
  • 5 batang serai                                     l dititik
  • 2 helai daun pandan
  • 100gm sos cili
  • 200gm tomato puri
  • 200gm tomato sup
  • 250ml air
  • 125ml susu cair
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan burung puyuh kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis serai, daun pandan bersama bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
  3. Kemudian masukkan tomato puri bersama tomato sup, sos cili dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Apabila mendidih, masukkan susu cair bersama burung puyuh dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa kemudian biarkan mendidih.
  6. Angkat dan hidangkan.
 
Blogger Wordpress Gadgets